Bernama, 26 Julai 2014 - ‘Sabah Screen Festival’ mampu cungkil daya kreativiti penggiat filem di Sabah

‘Sabah Screen Festival’ mampu cungkil daya kreativiti penggiat filem di Sabah - Bernama

KOTA KINABALU – Sabah Screen Festival 2014 yang bakal berlangsung pada 11-13 Nov ini mampu mencungkil daya kreativiti penggiat filem di negara ini, khususnya di Sabah dalam pembikinan filem pendek, dokumentari mahupun iklan, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Malumat Sabah, Datuk Siringan Gubat.

“Tujuan festival yang julung kali diadakan kementerian ini ialah untuk memberi peluang kepada penggemar filem untuk mencungkil bakat dan mengiktiraf bakat mereka sekaligus memartabatkan industri kreatif di negeri Sabah ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Katanya pertandingan berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pelbagai iaitu bagi pelajar sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan manakala kategori terbuka pula kepada warganegara Malaysia di Sabah.